GENERASI TAIF
Sayu jiwamu mengenang umatmu
Menentang kehadiranmu
Mengalir darah dari tubuhmu
Terluka dilontar batu
Berkatalah malaikat kepadamu
Mohonlah dari Tuhanmu
Agar bisa ditimpakan mereka
Gunung sebagai balasan
Lantas kau menadah kedua tangan
Bermunajat dengan penuh harapan
Agar diberi hidayah dan keampunan
Bukanlah azab siksaan
Sungguh sifatmu tiada tandingannya
Perjuanganmu tak kenal putus asa
Kasihkan umatmu tiada taranya
Walau hati dan jasadmu terluka
Berkat dari doa yang tulus suci
Belas ihsan dari seorang Nabi
Penghuni Taif generasinya kini
Dilimpahi nur hidayah Ilahi
Jadikanlah pedoman
Syarat dalam perjuangan
Keikhlasan dan kesabaran
Mahar yang dipertaruhkan
Natijah perjuangan
ALLAH yang menentukan
Kita sebagai insan
Hanyalah mengusaha...
-Kedit : Lagu hijjaz?
Tragedi Taif. Lahirnya generasi Islam y hebat. Besarnya jiwa Rasullah s.a.w mendidik, membina generasi Islam.
Malu. Malu rasanya. Mahu dibandingkan kegigihan dakwah rasulullah, rasenya tiada apa apa y sudah aku lakukan. Diuji sedikit luar comfort zone, diberi kesusahn sedikit, sudah mengeluh, berputus asa, sudah melenting, tidak senang duduk seperti cacing dibakar api.
Walhal, kerana belas ihsan seorang nabi, kau dpt merasakan nikmat Islam ini.Andai kata, rasulullah futur selepas peristiwa Taif ini, mana mungkin akan sampai Islam kepada kita seperti hari ini. Dan aku, futur itu seperti ganti pakaian. Is that what a daie is? Nak tegakkan khalifah? Membina manusia? Come on!! How irony!
Keikhlasan dan kesabaran, Mahar y dipertaruhkan. Natijah perjuangan Allah y menentukan. Ikhlas dan sabar. Sesak bila dengar perkataan ini. Inilah mahar y rasulullah pertaruhkan. Mahar y paling mahal untuk mendapatkan islam, generasi2 penyambung Islam. Sejauh mana sudah ak pertaruhkan ikhlas dan sabarku? Atau aku menyembunyikan ikhlas dan sabar dalam kocek y sukar dicapai, tetapi memasang angan2 untuk membina manusia sehebat generasi Taif? Allah Allah Allah.
Ketahuilah dan yakinlah, bahwa sesungguhnya dalam setiap cobaan berat yang Allah SWT berikan untuk kita, maka ada hikmah dan pahala yang besar yang menyertainya. Seperti sabda Rasulullah SAW,
To my dear self, yakinlah, sesungguhnya Allah sudah meletakkanmu di tempat yang selayaknya. Dakwah itu nafas panjang. Dalam masa panjang itu, terkadang bahkan seringkali, Allah memberi kejutan-kejutan kepada kita. Bahwa berislamnya orang yang kita dakwahi, sebagai hadiah dari Allah, mungkin lebih cepat dari yang kita rencanakan, mungkin lebih mudah dari yang kita bayangkan.
Terimalah amanah Allah dengan hati yang yakin. Jangan digugahkan hatimu dengan keraguan kerana sesungguhnya amal2mu ini menjadi saksi kelak bila berhadapan dengan Allah.
Apakah kau sanggup dihinakan Allah di akhirat kelak? Adakah kau sanggup dihumban ke neraka kerana kesombonganmu?
Berbuatlah sepenuh ihsan, keran natijahnya Allah yang tentukan. Berdoalah, memohonlah, mengadulah, merintihlah padaNya. Semoga hatimu yakin, semoga hatimu tenang sehingga berjumpa Sang Khaliq. Lelahmu, letihmu,di jalan dakwah ini tak pernah terlepas dari penilaian Allah s.w.t.






