BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 24, 2016

Denyutan terakhir

Andai diri pernah tertanya
Sampai bila harus berjalan 
Dalam mencari Dia yang Satu

Andai jiwa pernah melemah 
Dalam kelelahan dan kepayahan 
Mencari Rabb selururh alam

Andai hati pernah terasa ingin menyerah
Dalam kesibukan mengejar 
Mengejar Cinta yang sejati

Ketahuilah 

Perjalananmu tiada henti
Pencarianmu tiada noktah
Kejaranmu tiada berakhir

Sampai berhujung nafas
Sampai kau bertemu Dia 

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
Dan sembahlah Rabbmu sampai datang kepadamu al yaqin (yakni ajal).” (QS. Al Hijr: 99

Kau selalu ada 
Ku tenggelam dengan dunia 
Kau tetap sempurna 
Ku tak sedar waktu beredar 

Andai dipisah engkau dari aku 
Gelap gelita musnah semua (musnah semua) 
Biar mati ku mencuba 
Demi bahagia 
Biar sakit dilukai 
Dapat ku rasa 
Biar nadi ku terhenti 
Demi ke syurga 
Biar selamanya mencari 
Cinta sejati 
Sejati 

Kau selalu ada 
Kau tak pernah hilang percaya 
Kau tetap sahaja 
Kau cahaya dalam gelita 
Andai dipisah engkau dari aku 
Gelap gelita musnah semua 
Biar mati ku mencuba 
Demi bahagia 
Biar sakit dilukai 
Dapat ku rasa 
Biar nadi ku terhenti 
Demi ke syurga 
Biar selamanya mencari 
Cinta sejati 
Sejati 

Sedar 
Sedar aku Kau yang satu 
Tunjuk 
Tunjukkan ku jalan kepada Mu 
Diri Mu yang satu 

Biar mati ku mencuba 
Demi bahagia 
Biar sakit dilukai 
Dapat ku rasa 
Biar nadi ku terhenti 
Demi ke syurga 
Biar selamanya mencari 
Cinta sejati 
Sejati 
Sejati 

Hanya Kau satu cinta sejati 
Kau selalu ada 

-Sejati, Faizal Tahir-

Kurniakan  kami kekuatan Ya Allah, sehingga nadi kami ini terhenti dalam pencarian untuk medekat denganMu

Wednesday, May 18, 2016

"Kami Bacakan Kepadamu"

" Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang2 yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak2 lelaki mereka dan membiarkan hidup anak2 perempuan mereka, Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan, Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin2, serta hendak menjadikan mereka orang2 yang mewarisi (apa y dimiliki Firaun dan kaumnya). Dan kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu " - ( AL QASAS : 3-6)

Dendangkan sebuah cerita. Dari al Quranul Karim. Pembinaan bangsa. Kekuatan pemimpin.

Kita sekarang sedang menyaksikan seorang pemerintah yang angkuh dan memperhambakan manusia. Menindas manusia dan menjadikan mereka khadam dan hambanya.

Kita juga sedang menyaksikan sebuah bangsa mulia yang sedang dijadikan hamba oleh pemerintah yang angkuh ini.

Allah mahu mengembalikan semula kebebasan bangsa yang mulia ini dan mahu mengembalikan semula kehormatan mereka yang telah dirampas, 

Allah mahu mengembalikan keagungan yang telah lenyap pada bangsa ini.

Langkah pertama ke arah kebebasan bangsa ini dipancarkan melalui pemimpin agung mereka, Musa a.s. Siapa? Yang lahir sebagai anak kecil yang masih menyusu.

Pemimpin itu kian meningkat remaja, Dia memperolehi lindungan Illahi setelah terselamat daripada kezaliman dan penganiayaan. Dia membawa diri bagi menyelamatkan kebebasannya. Dalam keadaan ini Allah sendiri mendidiknya dan menyerahkan risalahNya. 

Allah juga menyerahkan kepadanya tanggungjawab menyelamatkan bangsanya. Dengan itu dia kembali berbekalkan iman dan keyakinan. 

Dia berdepan dengan pemerintah yang angkuh dan menuntut supaya kebebasan dan kehormatan bangsanya dikembalikan seterusnya mengimani dan mengikutinya.

"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya : Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam. Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israel mengikut kami. Firaun menjawab : Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak2 yang baru lahir, serta engkau t elah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu? Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan engkau dari orang2 yang tak mengenang budi? Nabi Musa berkata : Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang2 yang belum mendapat petunjuk. Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu, kemudian tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama dan menjadikan daku seorang RasulNya" - ( AL SHUA'RA : 16-21)

"Wahai pemerintah zalim yang menindas hamba Allah, mereka bukan hamba engkau, apakah kerana nikmat yang engkau ungkitkan itu dan layanan baik yang engkau berikan kepada aku itu boleh menjadi alasan untuk engkau menghambakan bangsaku." 

"Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israel. ( AL SHUA'RA : 22)

Itu bicara kebenaran yang lahir daripada mulut seorang nabi yang mulia hingga menyebabkan singgahsan pemerintah yang kejam ini mula goyah.

Kita kini saksikan kesan kemarahan pihak yang berkuasa terhadap pihak yang benar.

Bagaimana kuasa ini bertindak balas dan menyeksa pihak yang benar?

Bagaimana pihak yang benar bersabar menghadapi segala ujian ini?

Bagaiman pimpinan mereka menghidangkan harapan dan impian yang indah kepada mereka supaya jiwa mereka tidak lemah.

"Dan berkatalah pula ketua ketua dari kaum Firaun : Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi Mesir dan meninggalkanmu serrta apa apa yang dipuja olehmu? Firaun menjawab : kita akan membunuh anak2 lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak anak perempuan mereka. (Pengikut2 nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya : Mintalah pertolongan dari Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba hambanNya. dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa" - ( AL A'RAF : 127-128)

Alangkah menarik ketabahan dan kesabaran yang ditunjukkan kepada kita. Pegangan yang teguh dengan kebenaran. Kesediaan mengorbankan segala yang ada dalam hidup ini demi keimanan dan keyakinan seperti yang ditonjolkan oleh pengikut yang agung ini.

Mereka mencabar pemerintah zalim ini dengan memandang remeh segala ugutannya. 

Kita akhirnya dapat melihat kesudahan kisah ini, Apakah kesudahannya?

Kejayaan.

Kemenangan.

Berita gembira.

"Wahai Bani Israel! Sesungguhnya kami telah selamatkan kamu daripada musuh kamu " - (TAHA : 80)

Mari, wahai musa sekalian. Bukan saja2 Allah coretkan kisah ini. Tapi tak lain tak bukan, melahirkan lagi ramai musa. Yang Allah pilih dari sekalian ciptaannya. 

Look around us. The history is repeating itself.

Orang2 yang berkata, "hanya Allah tuhanku". Diseksa. Ditindas.

The world is dying. The world is crying.

Let's recreate the story of 'musa'.

#prayforAllepo
#prayforMalaysia
#prayforIslam

Original post at my personal blog :
https://nailahweb.wordpress.com/

RUJUKAN : HIMPUNAN RISALAH HAB