BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 28, 2014

Sweet & Sour

Na, kejut kul 5 satgi. Nak qiam.”

Ok.

Kejut sampai bangun tau.”

Tengoklah.

******

“Macam mana nak suruh anak-anak usrah bangun qiam kalau kita sendiri tak buat benda tu?”
“Macam mana nak biasakan bangun qiam kalau taknak paksa badan tu bangun?”

"It is severely hateful in Allah's sight that you say what you do not do" (As-saff : 2)
Terngiang kata-kata murabbi tempoh hari.
Makan dalam.
Makan luar.
Nak muntah. T.T

Dan itulah mujahadah setiap hari insan  yang bernama daie.
10 alarms di set supaya setiap malam mampu berdiri menghadap RabbNya.
Walaupun malamnya tidur lambat.
Dipaksa bangun walau mengantuk Tuhan je yang tahu.
Dalam usaha mengikut sunnah murabbi agung, Rasulullah SAW.
Tahajud je pun takpe,
Asalkan bangun.
Dari tak bangun? *uhuk2 pandang kanan pandang kiri*

TAPI ADA SATU MASALAH.
BESAR!
HUGE PROBLEM

*****

Na, kenapa aku tak rasa beria-ria nak qiam setiap hari?” Tanya Ili pada Zana.

Beria-ria?” Berkerut dahi Zana minta penjelesan.

Haah. Like very look forward to. Macam tak sabar-sabar. Rasa itulah moment yang ditunggu-tunggu. You know.” Beria-ria Ili menerangkan.

Owh. I know. Kau rasa kenapa?

Sebab rutin?” cliché.

“Mungkin.
Atau…”

“Atau?” Pintas Ili. Kurang sabar barangkali.

“Masalah kau tak cukup berat nak menangis kat Dia.
 Jadi hakikatnya, kau tak bercakap  pun dengan Tuhan,
 tapi bercakap dengan sejadah.”

“Tapi aku rasa masalah dah cukup berat. Tapi still…”

“Sebab kau letakkan penyelesaian tu pada diri kau, bukan pada Tuhan. As if you are the problem solver, not God.”

*****

Kau kata kau hamba.
Kau kata kau lemah.
Jadi mana kemanisan jiwa hamba?
Kalau yang ada hanyalah kepahitan tawakal.

******

“So, macam mana nak amend that?”

“Just go back to the basic.”

“Basic?”

“Define hamba.”

Tuesday, November 4, 2014

Sekuat Mereka.

Kekuatan itu bukanlah disandarkan pada fizikal semata.
Boleh jadi yang besar juga rebah
Boleh jadi yg kecil itu gagah
Kerana utk mendefinisikan kekuatan itu,
dari dalam muncul ke luar,
Yakni dari iman, melimpah ke luar.
Sepertimana Abdullah Ibn  Mas’ud,
Dari pandangan kasar, tubuhnya kecil berbanding Bilal bin Rabah,
Tetapi saat dibelasah tika mengalunkan Ar-Rahman’,
Kembali bangkit melaungkan kebenaran,
Kerana apa?
Kerana imannya sedang membuak.

Ujian itu adalah utk mematangkan bak kata orang,
Tiada orang yg Allah uji utk ditinggalkan sendirian,
Melainkan utk Allah tambah kekuatan atas kekuatan buatnya.
Untuk Allah berikan kesabaran atas kesabaran kepadanya tanpa putus.
Ya, tanpa putus.
Kerana keyakinan kita bahawa,
Dia ada bersama kita, Dia melihat kita.

Di saat kita merasakan keseorangan,
Lihatlah Maryam, ibunya Isa as.
Tiada disandarkan harapan melainkan pada Rabb,
Di saat kita merasakan lelah,
Lihatlah Nabi Nuh,
950 tahun lamanya untuk hanya dibalas seorang utk setiap 15 tahun.
Di saat kita merasakan sesak,
Lihatlah Nabi Ibrahim,
Sesak untuk menyembelih anak sendiri,
Yang menakjubkan adalah..
Kerana sesak itu juga kerana Allah.

Untuk tiap yang mendatang.
Cukuplah Dia bagi kita.
Yang mencukupkan.
Yang menjadikan.
Yang MEMUDAHKAN.

Allahu musta'an.

Friday, October 31, 2014

Hidup, Mainan dan Tarbiyah

Ramai orang kata, hidup ini lebih indah tanpa ujian.
Ramai orang kata, hidup ini akan lebih bermakna dengan nikmat tanpa sakit.
Ramai orang kata, hidup ini akan sunyi tanpa cinta.
Dan ramai orang kata, hidup ini sangat boring tanpa permainan.

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkan kamu mengerti? (6:32)
"Maknya, main apa tu?"

Tapi sayang tak ramai yang kata hidup ini akan lebih indah, lebih bermakna, lebih ceria dan sangat boring tanpa TARBIYAH.
Kerana apa?
Because take it for granted.

Ingatkah lagi kita di saat awal diperkenal dengan tarbiyah.
saat naqibah datang membawa makanan,
saat naqibah beria-ria datang ke rumah memberi suapan tarbiyah.
saat naqibah yang beria-ria tanyakan usrah bila tapi kita tak beria langsung,
saat naqibah beria-beria untuk buat usrah lebih interaktif, tapi kita acuh tak acuh.
saat naqibah cuba menjatuhkan bom tapi kita seolah-olah kebal takde perasaan.
saat naqibah meminta secebis masa dari masa kita utk tarbiyah, tapi kita berkira tak hengat dunia.

kerana apa?
sebab kita take tarbiyah for granted.
sebab kita masih lagi merasakan naqibah akan selama-lamanya bersama kita.
sebab kita masih rasa kita punya MASA YANG LAMA untuk terus BERLENGAH dalam tarbiyah.
Sebab kita masih rasa tarbiyah kita sekarang DAN CUKUP CANTEK dan KITA DAH CUKUP BAIK.
#bomdirisendiri

"Katakanlah, "Apakah perlu kami beri tahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?' Iaitu orang yg sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya." (Al-Kahfi:103-104)

"Wahai anak Adam, kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu, maka sebahagian dari kalian berlalu pergi." -Hasan Al Basri

Di saat Allah telah menganugerahkan dan memperkenalkan kita denga tarbiyah,
Definisi permainan kita sepatutnya berubah.
Permainan kita bukan lagi permainan seperti 'playstation, dota, etc',
Permainan kita bukan lagi game 'kanak-kanak' di laptop,
Permainan kita bukan lagi sembang kosong gelak tak berhenti henti.

Kerana boleh jadi ...
Permainan kita adalah BERLENGAHNYA kita dalam tarbiyah diri.
Masih bermain-main tarik tali dengan tarbiyah.
Merasakan tarbiyah kita sudah berada di puncak. T.T (which tak akan pernah berlaku!)
Mengira bahawa kita telah berbuat sebaik-baiknya utk tarbiyah kita.
Maka kalau begitu, ayat al-kahfi di atas adalah BUAT KITA. Yang perasan baik.
yang telah mensia-siakan dunia ini. T.T
Nauzubillah
"Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (Al-Kahfi: 110)

Tapi Allah menutup Al-Kahfi dengan satu ajakan mesra.
Untuk duduk dan bertemu Allah.
Untuk memandang wajah Rabb yang tak tergambar oleh mata mahupun fikiran.
Untuk merasakan nikmat syurga tanpa resah dan gelisah.
Tapi dengan syarat:
Buat amal soleh dan tak mensyirikkan Allah.
Dan dua benda ni dapat dirasai dan diterjemah dalam amal andai kata kita mengerti dan memaknai nikmat tarbiyah yang Allah kurniakan.

It's not going to be easy, but it's worth running now than crawling later on

Maka berlarilah dalam tarbiyahmu.
Kita tak punya masa lama untuk bermain-main.
Kita tak punya masa yang lama untuk berdolak dalih dengan jahiliyyah kita.
Kita tak punya masa lama untuk memberi excuse tanpa henti.
Kalau rasa kita punya nyawa sampai 1000 tahun lagi, maka silakan bermain. :p
Hakikatnya, nafas kita untuk saat seterusnya juga bukan milik kita,
apatah lagi umur kita yang berbaki ini.
Ayuh tinggalkan 'permainan' kita.

Kita punya quran utk dibaca dan difahami.
Kita punya sunnah itu diikuti.
Kita punya tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan.
Masihkan kita mahu bermain-main?

Selagi nyawa dikandung badan, selagi hari masih lagi cerah, selagi masih mengenal erti syahadah.
Ayuh berlari dalam tarbiyah.

Allah terlalu sayangkan kita.
Untuk mengenalkan kita akan jalan ini.
Cuba bayangkan kita tanpa tarbiyah.
Mungkin kita adalah ........(isi sendiri)

"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan." (Al-Hujurat:7)

Salam Jumuah barakah. <3
Allahuma solli 'ala Muhammad.

Tuesday, October 21, 2014

Kita, Prasangka dan Mereka.

Yang dibutuhkan oleh seorang akh di jalan dakwah bukanlah pujian, kata kata agung yang manis di bibir yang sebenarnya memberanakkan dosa dan menggugurkan amal. Bukan itu, tetapi sentuhan yang menghidupkan, agar dia sedar, baiknya dia di mata manusia bkan bermakna baik di sisi tuhannya.
- Inspektor Sahab-

Kita, Prasangka dan Mereka.

Kita hidup, ditengah-tengah khalayak, yang selalu berbaik sangka..

Alangkah berbahayanya,
Terlalu percaya pada baik sangka mereka,
Membuat kita tak lagi jujur pada diri,
Atau menginsafi,
Bahawa kita tak seindah prasangka itu

Tapi, keinsafan membuat kadang terfikir,
Bersediakan mereka tetap menjadi saudara,
Saat tahu siapa kita sebenarnya

Kadang terasa, bersediakah dia tetap menjadi sahabat,
Saat tahu hati kita tidak tulus, penuh noda dan karat

Dan bersediakah dia, tetap mendampingi kita, dalam dekapan ukhwah,
Ketika tahu bahawa iman kita berlubang-lubang

Inilah bedanya kita dengan Sang Nabi,
Dia dipercaya, kerana dia dikenal,
Sebagai al-Amin, orang yang terpecaya,

Sementara kita dipercaya justeru kerana,
Mereka semua tidak mengenal kita..
Yang ada, hanya berbaik sangka..

Salim A.Fillah

Friday, October 10, 2014

JUNDI YANG MAJHUL

" Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh ikhwan ialah,

Jundi majhul itu ( tentera yang tidak dikenali),

yang berusaha sehabis kudratnya,

yang menginfakkan melebihi  dari apa yang ada di dalam poketnya,

yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya,

kehadirannya tidak diketahui, ketiadaanyya tidak disedari,

dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular,

sedikit cakapnya, banyak amalnya,

dia beriman bahwa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya,

bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya,

tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keihklasan"

- AL BANNA-

JUNDI YANG MAJHUL.

Apa yang mereka kejar? Populariti di mata Allah.
Amal apa yang dipersembahkan? Amal yang penuh dengan keikhlasan.

Jundi yang tak pernah sekalipun terlintas untuk menjauhkan diri, merasa jauh, kecil hati dengan dakwah bilamana tiada yang memberi tumpuan terhadapnya aktivitas dakwahnya.

Kerana apa? Kerana jelas matlamatnya. Berbuat dakwah atas basirah, atas dasar cinta dan sayang.

Itulah mutiara termahal.

Biar amal menjadi manifestasi iman kita

Wednesday, October 8, 2014

Nahnu Du’aat Qobla Kulli Syai’in

Habuk. 
Dah berbulan blog ini terbiar. Sibuk ke semua penulis? ;p ( untuk makluman kami bukan terdiri dari seorang penulis sahaja :) )

Ok back to biznes.

Nahnu du'at qobla kulli syaii'in
Kita adalah duat sebelum setiap sesuatu. 

Entah tetibe terngiang lagu (?) ni. Dah cuba google tapi tak tau ape benda. Memory loss. Kalu sape2 tau boleh la pm saya.
Ok back to biznes again.

Kita adalah du'at sebelum seorang pelajar.
Kita adalah du'at sebelum seorang engineer.
Kita adalah du'at sebelum seorang isteri. 
And the list go on and on.

Well apparently, we are a du'at. All of us. No exception.
Yang bermaksud, segala tingkah laku kita, amal kita, perkataan kita, haruslah menggambarkan profession kita sebagai seorang du'at. Seolah olah ada signboard di muka kita yang tertulis du'at.

Sebagaimana y semua orang sedia maklum atau tak sedia maklum, hangatlah isu ISIS ni especially dekat oversea. Tetiba semua orang pkai kaler2, bunga2, ceriaa semuaa.* yang x sedia maklum bolehlah google*. Tapi ada antara kita yang terdetik, "give up lah mcm ni. Aku cuba nak jaga akhlak aku dengan non muslim, cuba nak senyum, tapi masih lagi dianggap pengganas. Sia sia blako. Susah lah nak buat program dah lepas ni. Nak bwak buku tarbiyah dalam train (dan2 time ni nak bwak buku tu, sblum ni tak prnah pon ;p), nak usrah kena sorok kasut. Dah la give up la nak sebarkan cinta Allah kat negara ni."
*ampunkan ayat2 poyo di situ. Tiada kaitan dengan hidup atau mati*

Hey you! Berakhlak baik kerana apa? Menyeru orang kerana apa? Untuk siapa?
Pernah ke Rasulullah rasa senang nak sebarkan Islam kat Taif? Even kat Mekah sendiri pon banyak tentangan, tu tempat asal sendiri tu. Bayangkan kat Taif tu macam mana. Andai Rasulullah give up time tu. Lu pikir la sendiri. 

Eleh baru skit kita diuji, mana tau mungkin dengan isu ini orang berlumba lumba untuk tau pasal islam. Ape benda la ISIS tu sampai semua non muslim paranoid. Tgok perempuan2 melayu kecik2 comey2 pakai tudung ni pon tanya bwak bom ke. Aiyaa. Namun, mungkin dengan izin Allah, dalam pencarian mereka mencari identiti ISIS ni, diorg jumpa kebenaran,  berbondong bondong orang yang masuk islam, tetapi ketika itu, kita sudah give up. Sengih macam kerang busuk jelah bila kita ditanya Allah tentang usaha kita.

Jadii untuk semua para du'at inside me and outside there, tunaikanlah shahadatul haq itu dengan penuh cinta, kesucian dan kasih sayang tanpa ulterior motive. * sape2 nak tau pasal shahadatul haq pon boleh pm saya*

Despite of segala tanggungjawab yang kita pegang di muka bumi ini, kita punya tanggungjawab yang lagi besar yang lebih dahulu kita pegang dan terima.

Kekadang kita tenggelam, kita alpa, kita goyah.

Disaat para du’ah yang lain berpuasa sunat, solat hajat, bertahajud mengharap
pertolonganNya datang menolong langkah da'wahnya, kita malahan makan sekenyang-kenyangnya, tidur sepenuh kelopak mata, dan tertawa sepenuh mulut.

Disaat barisan du’ah yang lainnya berikhtiar, berkorban apa saja yang dapat dikorbankan; harta, tenaga, waktu bahkan jiwa, berharap hidayahNya akan lewat melalui tangan-tangannya, kita malahan bersikap dan berkelakuan seakan-akan ingin menjauh dari hidayah Allah.

Bilamana amalan-amalan fardi tidak dijaga,
Bilamana jiwa tidak dibersihkan sentiasa dgn zikrullah,
Bilamana badan tidak dibangunkan sentiasa dgn qiamullail,
Bilamana tilawah tidak menjadi sebatian qalb,
Bilamana mathurat menjadi abaian,

Merosotlah komitmen seorang du'at pada dakwahnya,
Kuranglah mad'u yg terikat hatinya,

Jangan disebabkan kosongnya jiwa kita dengan zikrullah,
Menjadi fitnah pada agama,

Menjadi fitnah pada dakwah dan tarbiyah.
Menjadi karat hati. 

Yang mengaburkan pandangan hati kita. 
Yang mengubah haluan matlamat kita.
Yang menghilangkan rasa cinta pada Islam. 
Yang melupakan ghayah kita.

Isilah kembali jiwa yang kosong itu.

Semoga Allah menerima amal amal kita pada hari seluruh manusia mengharapkan rahmat dari Allah untuk menjejakkan kaki ke syurga-Nya.

- Yang menulis lagi kena bomb. Tapi sy bkan terrorist :) -

Wednesday, June 11, 2014

A DIAMOND

Diamond. Atau lebih mesranya, intan.

A graphite into a diamond is a process.

Kita bisa berguru pada sebongkah legam nan rapuh y bernama grafit. Sebentuk unsur karbon yang hitam dan mudah terkikis bentuknya. Namun, ternyata bisa berubah strukturnya menjadi batu mulia yang bercahaya bernama intan

Intan, sebongkah batu mulia yang mempunyai satu karakter y istimewa. Dikenal sebagai batu yang paling kuat di bumi di mana belum ada material lain y mampu memotong atau menggores intan. Tapi bukan semudah itu untuk menjadi intan. Bukan secara tiba2 intan muncul di muka bumi. Tapi ingatlah, dari seketul batu hitam y rapuh menjadi intan y begitu kuat. Proses perubahan ini terjadi dalam suhu dan tekanan y amat tinggi. 3500 C. Tak akan berubah menjadi intan sebuah grafit itu jika tidak mencapai suhu ini.

Begitulah manusia, dilahirkan sebagai grafit y lemah, rapuh. Tetapi dalam perjalan kita di dunia ini, Allah sediakan satu proses untuk kita menjadi intan. Orang2 y hebat tidak dilahirkan dengan sesenang itu. Setelah dicelup, diuji, dilempar, dibaling, dihempap, ditempa, maka wujudlah rijal rijal dakwah di muka bumi. Nabi Muhammad s.a.w, Abu Bakar As Siddiq, Muaz bin Jabal,  Salehuddin Al Ayubi, As Syahid Imam Hassan Al Banna, Syed Qutb dan banyakk lagi, mereka bukan terus dilahirkan sebagai orang y hebat fikrahnya, mantap dakwahnya. Tetapi mereka telah diuji dari pelbagai aspek. Bukan skala y kecil, tapi yang amat besar yang mungkin kadang2 tak tercapai di akal manusia biasa. Mereka ini, jiwa mereka telah melalui satu proses dari grafit y lemah kepada intan y kuat. Proses itu tak lain tak bukan, proses tarbiyah.

Banyak manusia ingin sekali berhasil, banyak pula yang lupa kalau prosesnya tidak pada kondisi bertekanan rendah. Tekanan kehidupan, berupa kegagalan, jatuh, tarikan-dorongan, adalah lumrah. Manusia dengan sendirinya akan memaksa potensinya untuk disatukan. dan -dengan tidak sengaja menjadi intan.

And I've known this one person. Ukhti fillah. Her name is as strong as herself. Yes, you! Sanah Helwah my dear diamond!

My dear diamond,
Tears is your best friend. But i pray, in hereafter, your  tears bring you thousands of reason to tell Allah that you have tried your best. You have tried to be strong. Allah sedang mengira berapa banyak air mata mu yang mengalir, Allah mendengar setiap rintihan hati mu.

My dear diamond,
Too many things that i learnt from you. You may not know it, but trust me, ade sesuatu pada dirimu y meresap tersebar dirasai oleh orang lain, setidak tidaknya to my own self.  Iradahmu, semangatmu, kata katamu, mampu menyentuh jiwa2 y kering di luar sana. You have went trough all the process again and again to become a very bright diamond. I may not feel what you feel, all the burdens in your heart, but I believe that Allah will give you something very special at the end of this journey.

My dear diamond,
Thank you for lending me you ears, you heart, your mind to me. To listen to all my not-so-big problem, to become a place for me to talk to many things (even not everything, you know me ;p), I do really, sincerely appreciate that. I do pray that, with this, Allah will make it easy for you in everything you do. 

My dear diamond,
Semoga Allah mengganjarkan syurga untukmu atas segala kesabaranmu, pengorbananmu, masamu, jiwamu, dan tenagamu.

"Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. ( al-Hadid, ayat 12)

My dear diamond,
Thank you. Thank you. Thank you for everything. I really really hope that Allah make you strong and bright like a diamond. I love you my dear diamond, fillah. And today , 23 years, you have been reborn as a diamond.

Sanah helwah diamond, ISA.
11/06/2014

Tuesday, June 3, 2014

SA, PULUH, RATUS...

"Woii! Kau dpt brape weh test? Aku dpt sa per puluh je weh. Ko mesti dapat tinggi kan? Aku je la paling teruk''

EXPECTATION!

Always. Manusia. Tak pernah lari dari expectation. Seolah olah ada label di dahi manusia. Sedangkan, siapa pun mereka, banyak kelemahannya. Hatta, Nabi Musa, seorang nabi, utusan Allah, pun ade strugglenya. Banyak. Bukan sedikit.

Kalaulah hidup seorang manusia tu x de struggle skit pon, smoothh je, elokk je, ye ke tu manusia? Hantu kot ;p (*x salimul aqidah langsung*)

Berapa lama kita dalam tarbiyah, tak dapat nak diukur strugglenya. Mujahadahnya. Mentang2 lah dah lama join usrah, join tarbiyah, mereka x de struggle. Itu salah! Mujahadah itu susah, pahit. Setiap orang pasti ade struggle masing2. 

Struggle untuk mencintai Allah, mencintai Nabi, mencintai makhluk, dan mencintai diri sendiri. banyakkan struggle kita?hanya Allah sahaja yang tahu maha payah, maha sukar dan maha mahunya kita untuk struggle.

Seorang daie tu x perfect. Tak cukup nilaian hanya dari y terzahir. Bawak usrah dua tiga belas, daurah sini sana rentas benua, handle program itu ini, x bermakna tak ada mujahadah dalam diri.
Allah tahu,
Maha Tahu!

Tapi apa y membezakan kita adalah, how we deal with the struggle that we have. Buat donno? lari? Buang tepi? Kadang2 kita rase sruggle kita lah paling susah, orang tak paham. Kerana apa? Kerana kita x pernah tau apa y orang lain struggle. Bahkan kadang2, boleh jadi struggle orang lain, mujahadah orang lain farrrr wayyy bigger than us. 

Islam x nak kumpul angka angka kosong. Walau bilangan rijal islam hanyalah sa, sebagaimana ahlul badar di bandingkan dengan kaum musyrikin ketika itu, tetapi keimanannya, ketaqwaaanya, dan tawakalnya di tahap puncak ketika itu hinggakan ahlul badar dijanjikan syurga!How awesome is that? Can you imagine that? 

Teringat kata2 seorang mujahid islam y terulung, Syakib Arsalan

"Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan tersendiri dan tidak mampu melaksanakan walaupun satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu kami mengumpulkan angka-angka kosong?"

Puluh, ratus, ribu. Bukan itu y diperlukan. Bukan angka. 

Moga kita seperti 'Abdullah, yang berkali-kali mabuk menemui Rasulullah S.A.W, berkali-kali memohonkan keampunan, berkali-kali dihukum sebatan, tetapi apabila salah seorang sahabat mencelanya, Rasulullah menepisnya, dengan jawapan yang penuh tulus; "jangan! sesungguhnya dia sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya!" 

Dan bukankah kita juga adalah 'Abdullah (hamba Allah), bahkan juga sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya? moga struggle kita ini, mujahadah kita,(meski banyak atau sedikit, laju atau perlahan) dibayar Syurga!

Dan kalau mahu kekuatan, ketahuilah kekuatan itu datang dari Allah. 

Bila kita hayati semula jalan yang sedang kita lalui ini,
pernah merasakan,
Tidak bolehkah aku berteriak sahaja di tengah manusia yang ramai ini tentang dakwahku ?
Tidak bolehkah aku mengharapkan manusia yang lain untuk membawa tanggungjawab ini ?
Tidak bolehkah aku ingin berada dalam jalan ini sampai tengah jalan sahaja, kemudian biar yang lain menyambungnya ?
''Di akhir zaman ini, orang yang memegang islam ibarat memegang bara api, dipegang kita sakit, dilepaskan ia padam.''
Biar sakit, jangan biar ia padam.

Biarpun kita berkali kali tersungkur, Allah terus terusan menghulurkan tangan untuk membangunnkan kita. 

Kerana kita mahu mengumpulkan mutiara-mutiara berharga.
Kita mahukan pekerja-pekerja dakwah,
Penggerak-penggerak fikrah,
khalifah-khalifah yang menakluk bumi, menjadikan kalimah Allah kalimah yang tertinggi.

Petikan kata2 Abdul Wahhab Azam :

Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah seperti mana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat kepada orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.

(Abdul Wahab Azam)

Untuk kamu yang sedang berjuang,
ya, jalan ini masih lagi panjang dan lama
Mungkin terkadang kita akan didatangi rasa bosan,
Cuma aku berharap, agar keyakinan kau terhadap tarbiyyah ini tidak akan hilang.
Bila turun, kau pupuklah ia untuk meningkat kembali.
Bila naik, kau jagalah ia dengan baik.

Saturday, May 31, 2014

Hi, I am Mr. Futur. You are?

"Kaifa asbahta ya Hanzalah?"

"Apa khabar kamu pagi ni Hanzalah?" Soal Abu Bakar kepada sahabat yang dicintainya kerana Allah.

"Aku munafik!! Balas Hanzalah. Jelas. Tunduk kecewa.

"Ketika aku bersama Rasulullah, aku seolah nampak syurga dan neraka di hadapan mataku, tetapi apabila aku pulang bersama isteri dan anak-anakku, aku menjadi lain."

"Kalau begitu, aku juga munafik!"

Lalu rebahlah keduanya, tunduk menangis.

_______________________________________________

FUTUR.

Familiar bukan dengan perkataan ini?
Tiada siapa yang terlepas daripada dugaan ini, kerana iman itu hakikatnya naik dan turun. yazid wa yankus.
Andai kata ada yang tak pernah futur, silakan bagitahu siapa anda, anda lah idola saya sampai mati. *sarcasm*

"...tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia," (Al-Muntalaq.

Perkataan besar di situ menghiaskan.
Hias. Biasa kan dengan perkataan ini? Ala, macam hias rumah, hias bilik, hias dapur. Eh?

Tapi bicara di sini lebih besar. Lebih serius. Hias futur? Sedap tak?

"Hari ni takde kelas, nak tengok movie la. Takpe, tadi dah baca quran."

"Jom ikut pergi birthday party, takpe, kita duduk kita-kita je, tak campur laki perempuan."

"Saya tahu dengar lagu-lagu rock itu tak menambahkan iman, tapi sekali sekala apa salahnya?" 

T.T

Ada masanya kita menjustifykan setiap perbuatan kita. Seolah-olah apa yang kita buat Allah redha. Ooo. Bajet Allah redha. *Pengsan*

Saat dan ketika itulah syaitan datang mencucuk untuk kita menghiaskan futur. Bila kita lemah, bila kita lelah, bila kita rasa tak bersemangat, berjaga-jagalah. Kerana apabila si syaitan masuk, memujuk nafsu kita, kita rebah.

"tengok movie sekarang!!" Lalu kita tengok, dengan senang hatinya. Malah merasa puas dan bangga dengan kejayaan menghabiskan 3 episod korea dalam 1 hari. Ohoi.

Sabda Nabi:
"Orang yang cerdik adalah orang yang selalu menghitung dirinya.." (Hadith Riwayat Tarmizi)

Menghitung diri dalam erti kata amal. Analoginya mudah. Kalau belajar dapat markah rendah. Maka kita risau. Lalu kita akan check balik apa yang tak kena dengan belajar kita, mana salah kita. Tapi untuk exam akhirat, sangat kurang kita muhasabah. Seolah-olah persinggahan abadi kita dunia, bukan akhirat. Ironik.

Bila masa iman naik?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (Al-Anfal: 2)

Bila masa iman turun?

Ia tak perlukan masa. Iman hanya boleh turun bila-bila masa. Kerana syaitan tak pernah lengah dalam melaksanakan janjinya kepada Tuhan. Syaitan tak pernah penat, tak pernah lelah  Yang lelah kita, iman kita, tujuan hidup kita. Yang lemah itu KITA.

Marilah kita kembali meng'refresh'kan tujuan hidup kita. Apakah bukti kekuasaan Allah di zaman sains dan teknologi masih tak cukup membuatkan kita yakin? Apakah kita mahu syurga itu diletakkan di depan mata atau api neraka itu disentuh ke kulit kita baru kita mahu mengaku syahadah yang sebenar-benarnya? Baru kita menyedari we are nothing but a slave!?

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang yang berbuat baik." 
(Al-Ankabut:69)
Allah tidak pernah mensia-siakan mujahadah kita. Percayalah! Futur itu takkan mencari kita bila kita sibuk dgn urusan tauhid, bila kita sibuk mengenal deen ini, bila kita tahu urusan umat itu lebih parah dan banyak kerja kita kena buat.

Ayuh, mari kita menjaga kualiti amal. Kita mahu berjumpa insan-insan hebat di syurga. Kita mahu berjumpa berjabat salam dengan Rasulullah, dengan Abu Bakar yang sungguh osem itu, dengan Umar yg sungguh bergaya, apatah lagi dengan si macho Khalid bin Al Walid.

Futur akan datang dan pergi. Yang penting, kita harus cuba mengalahkannya, bergusti dengannya setiap kali ia mengetuk pintu hati kita. Sebagaimana kita benci kepada perangai2 jahiliyyah masyarakat sekarang, sebagaimana kita membenci 38 remaja merogol 2 wanita, marilah membenci dan melawan futur itu. Jangan sampai kita tak merasa apa-apa.

Teruskan mujahadah, walau pahit, walau sakit, lawanlah dan rebahlah di pintu syurga, bukankah itu janji yang pasti?

Jadi,

"Kaifa asbahta ya ukhti, ya akhi?"

-Pelari Syurga-
31052014

Friday, May 30, 2014

Beautiful is YOUR choice

"Eh tolongla balut buku ini, nanti dia tak cantikla..pliss" (ngade betol budak ni)

"Jenah oi! tak kan hadiah ni hang tak mau balut kot. kot elok sikit eh"

"Wait  korag nak keluar umah n maknan ni tak nak tutup ke?"

"Ya, Allah biskut yang super sedap dalam alam semesta ni tak tutup pulak, abis la masuk angin nanti"

Ok dah habis dialog..hehe.. Ada mana2 yang ring a bell to anda?
Tulah kan kita ni, semua nak balut semua nak wrap.. cling wrap la... paper wrap la...present wrap la, body wrap la..eh!
Semua benda kalau nak cantik atau nak preserve the actual beauty mesti kena balut kan ..?
baru cantik..! baru x masuk habuk..!baru tak masuk angin..!baru terjaga natural beauty ...!

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

So its not wrong kalau kita suka akan kecantikan sebab Allah juga suka akan kecantikan

Believe or not (believe it !) yang kita hari2 sibuk mencantikkan atau dalam erti kata yang lain membalut diri kita atau benda disekeliling kita.  Samaada dengan ilmu, dengan baju, dengan pembalut hadiah, dengan pembalut buku, etc..

STOP!

Cuma pernah ke kita terfikir untuk berusaha dna bekerja membalut atau me'wrap' serta mencantikkan hati kita dengan balutan yang sebenar dan cantik..??  Ever think of it??

Pernah terfikir balutan apa yang nak diguna untuk balut hati
Pernah terfikir coatings apa nak guna supaya hati kita tak berkarat
Pernah terfikir tudung saji bentuk macam mana yang nak tutup hati supaya hati kita tak masuk habuk
Pernah terfikir make up apa yang nak ditacapkan pada hati supaya nampak cantik
Pernah terfikir dress or blazer apa yang nak sarung supaya hati kita perfect and beautiful

Tepuk dada tanya IMAN

Logically thinking, everything yang tak tutup, yang tak balut, yang tak coat.. akan kotor, akan berkarat dan akan buruk.. OBVIOUSLY.. That goes the same with your hati mate!

“Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi

kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan”. (al-

Mutoffifin; 14)

If we are not busy thinking hati kita ini nak dibalut dengan apa, pasti ada benda lain yang akan menduduki atau membalut hati kita.

Jadi mari memulakan misi balutan hati yang sebenar!
Supaya pertemuan kita denggn Rabb pada Hari Akhir yang pasti terjadi itu dalam keadaan yang sejahtera

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan 

sesuatu apapun, Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang 

menghadap Allah dengan hati yang  selamat sejahtera ; (Asy-Syu'araa [26] : 88 - 89)

Wahai sahabat seakidahku

Mari mengenali hatimu

Mari megenali balutan apa yang sesuai dengan hatimu

Kerana yang terlahir diluar itu adalah dalam dirimu

Imam Abdullah bin al-Mubarak bermadah;

رَأيْتُ الذُنُوبَ تُمِيتُ الْقُلُوْبَ

وَقَدْ يُوْرِثُ الذُّلَّ إِدْمَانُهَا

وَتَرْكُ الذُّنُوْبِ حَيَاةُ الْقُلُوْبِ

وَخَيْرٌ لِنَفْسِكَ عِصْيَانُهَا

Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati,

Berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan,

Meninggalkan dosa pula menghidupkan hati,

Mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri.

Selamat membalut hati!! ;))

Tuesday, May 27, 2014

RIJAL DAKWAH.

Ehemmm. Eh assalamualaikum. Salam taaruf skit.
Namaku Rijal Dakwah. What? Rijal? Are you a guy? Dakwah? Bkan zaman nabi je ke?

Hahaha silap silap silap *geleng kepala*. Anda silapp. Yes, i am rijal dakwah but You, you and you are also rijal dakwah. *jaw drop*. Why? terkejut? haaa tak sangka kan? Kih kih amekkooo terkezut koala.

I want to be like hi m :*
See. Tu contoh rijal pilihan. Rijal y bukan dipilih dengan undi sms, or whatever, tapi rijal y dipilih Allah. Hensem kan? Hensem jugaknya jiwanya dalam dakwah! Opps lupa nak perkenalkn, nilah As Syahid Imam Hasan Al Banna. Nak tau cerita die lebih lanjut? Tanya pak cik google, sbb dia ni femes, trending kat mane2 mengalahkan cerita PANDA kt negara M. ehehe ;p. Tapi die ni pon panda jgak, PANDAkwah *APG*. Then you know why is he the Rijal pilihan.

Yes, yes yes, tapi siapa dan bagaimana rijal y kita inginkan? *post ni specially dedicated to my own self, bomb kebabom!*

" Di antara orang2 mukmin itu, ade rijal y menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan ada yang menunggu nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah janjinya," - Al ahzab :23-

(yaitu) orang-orang yang menyapaikan risalah-risalah Allah , mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang(pun) selain kepada Allah. dan cukuplah Allah sebagai Pembuat perhitungan.
-Al Ahzab :33-

Haaa. Ni dalam ayat ni, kalau kau sampaikan risalah Allah, kalau kau takut kpdNya, kau tak takut seorang pon selain dari Allah. That is it! You are the rijal!

Janji apa y dimaksudkan dalam ayat 23? Of course la janji jihad fi sabilillah, janji menegakkan agama Allah, tak kan janji Diana kot. Ahah ok baii.
What? X pernah janji kata kau? Bohong bohong bohong *geleng kepala lagi*. Sejak dari dalam rahim lagi kau telah berjanji waha rijal dakwah!

 “Alastu bi Rabbikum? Qaalu balaa, syahidna”. Bukankah aku ini Tuhanmu? Dan ia (jiwa) menjawab: “Ya, kami telah naik saksi”. 
- Al A'araf : 172-

Janji adalah hutang, begitulah kebanyakkan orang sering berucap ketika dijanjikan sesuatu. lalu bagaimana dengan kita, apakah kita selalu menepati janji-janji kita yang sudah terucap? Hati-hati jikalau kita sudah berucap janji, apalagi kalau kita berjanji kepada Allah. Nangessss

Kesaksian itu menjadi kabur kerana dikaburkan oleh kekotoran-kekotoran dalam qalbu. Rasa berTuhan mula terhijab atau terdinding. Dinding itu adalah dari hawa nafsu manusia itu sendiri. Qalbu itu perlulah dibersihkan dan suci sehingga ia dapat menerima pancaran Nur Allah.

Kurang yakin lagikah kau wahaai penulis dan pembaca, bahwasanya kau kau dan kaulah rijal dakwah y Allah tinggalkan untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Maka apabila kita sebagai seorang Muslim tetapi tidak berperanan sebagai seorang daie, maka sama halnya seperti kita sedang memutuskan rantai dakwahNak jadi pemutus? Silakan!!! You never know what is waiting for you in yaumul qiamah.

Di mana kau wahahai Rijal dakwah?
Janganlah kita mengira bahwa dengan ketidakhadiran kita dari pentas dakwah membuatkan dakwah ini akan goncang dan kehilangan kekuatannya. Tidak. Tidak sama sekali wahi rijal!
Janganlah kita menjadi buih2 y tidak bermanfaat apa pun di muka bumi ini.

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, Maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, Maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.” (QS Ar Ra’du : 17)  

***************************************************

Ya Allah, tetapkanlah kakiku dan pembacaku di atas jalan dakwah ini kerana hanya melalui jalan inilah telah lahir ramai Rijal-Rijal Dakwah yang telah menepati janji mereka denganMu di mana mereka berjiwa pemimpin dan hati mereka sentiasa berzikir mengingatiMu serta terpaut erat dengan rumahMu dan ditangan merekalah kejayaan dariMu sentiasa mengiringi samada Islam tertegak di mukabumi atau mereka syahid mendapatkan kenikmatan kehidupan abadi di sisiMu.

"Yang menulis x semestinya lebih baik dari y membaca. I am trying to be the rijal dakwah"