BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 4, 2014

Sekuat Mereka.

Kekuatan itu bukanlah disandarkan pada fizikal semata.
Boleh jadi yang besar juga rebah
Boleh jadi yg kecil itu gagah
Kerana utk mendefinisikan kekuatan itu,
dari dalam muncul ke luar,
Yakni dari iman, melimpah ke luar.
Sepertimana Abdullah Ibn  Mas’ud,
Dari pandangan kasar, tubuhnya kecil berbanding Bilal bin Rabah,
Tetapi saat dibelasah tika mengalunkan Ar-Rahman’,
Kembali bangkit melaungkan kebenaran,
Kerana apa?
Kerana imannya sedang membuak.

Ujian itu adalah utk mematangkan bak kata orang,
Tiada orang yg Allah uji utk ditinggalkan sendirian,
Melainkan utk Allah tambah kekuatan atas kekuatan buatnya.
Untuk Allah berikan kesabaran atas kesabaran kepadanya tanpa putus.
Ya, tanpa putus.
Kerana keyakinan kita bahawa,
Dia ada bersama kita, Dia melihat kita.

Di saat kita merasakan keseorangan,
Lihatlah Maryam, ibunya Isa as.
Tiada disandarkan harapan melainkan pada Rabb,
Di saat kita merasakan lelah,
Lihatlah Nabi Nuh,
950 tahun lamanya untuk hanya dibalas seorang utk setiap 15 tahun.
Di saat kita merasakan sesak,
Lihatlah Nabi Ibrahim,
Sesak untuk menyembelih anak sendiri,
Yang menakjubkan adalah..
Kerana sesak itu juga kerana Allah.

Untuk tiap yang mendatang.
Cukuplah Dia bagi kita.
Yang mencukupkan.
Yang menjadikan.
Yang MEMUDAHKAN.

Allahu musta'an.

0 comments:

No comments: