BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 31, 2014

Hidup, Mainan dan Tarbiyah

Ramai orang kata, hidup ini lebih indah tanpa ujian.
Ramai orang kata, hidup ini akan lebih bermakna dengan nikmat tanpa sakit.
Ramai orang kata, hidup ini akan sunyi tanpa cinta.
Dan ramai orang kata, hidup ini sangat boring tanpa permainan.

Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkan kamu mengerti? (6:32)
"Maknya, main apa tu?"

Tapi sayang tak ramai yang kata hidup ini akan lebih indah, lebih bermakna, lebih ceria dan sangat boring tanpa TARBIYAH.
Kerana apa?
Because take it for granted.

Ingatkah lagi kita di saat awal diperkenal dengan tarbiyah.
saat naqibah datang membawa makanan,
saat naqibah beria-ria datang ke rumah memberi suapan tarbiyah.
saat naqibah yang beria-ria tanyakan usrah bila tapi kita tak beria langsung,
saat naqibah beria-beria untuk buat usrah lebih interaktif, tapi kita acuh tak acuh.
saat naqibah cuba menjatuhkan bom tapi kita seolah-olah kebal takde perasaan.
saat naqibah meminta secebis masa dari masa kita utk tarbiyah, tapi kita berkira tak hengat dunia.

kerana apa?
sebab kita take tarbiyah for granted.
sebab kita masih lagi merasakan naqibah akan selama-lamanya bersama kita.
sebab kita masih rasa kita punya MASA YANG LAMA untuk terus BERLENGAH dalam tarbiyah.
Sebab kita masih rasa tarbiyah kita sekarang DAN CUKUP CANTEK dan KITA DAH CUKUP BAIK.
#bomdirisendiri

"Katakanlah, "Apakah perlu kami beri tahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?' Iaitu orang yg sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya." (Al-Kahfi:103-104)

"Wahai anak Adam, kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu, maka sebahagian dari kalian berlalu pergi." -Hasan Al Basri

Di saat Allah telah menganugerahkan dan memperkenalkan kita denga tarbiyah,
Definisi permainan kita sepatutnya berubah.
Permainan kita bukan lagi permainan seperti 'playstation, dota, etc',
Permainan kita bukan lagi game 'kanak-kanak' di laptop,
Permainan kita bukan lagi sembang kosong gelak tak berhenti henti.

Kerana boleh jadi ...
Permainan kita adalah BERLENGAHNYA kita dalam tarbiyah diri.
Masih bermain-main tarik tali dengan tarbiyah.
Merasakan tarbiyah kita sudah berada di puncak. T.T (which tak akan pernah berlaku!)
Mengira bahawa kita telah berbuat sebaik-baiknya utk tarbiyah kita.
Maka kalau begitu, ayat al-kahfi di atas adalah BUAT KITA. Yang perasan baik.
yang telah mensia-siakan dunia ini. T.T
Nauzubillah
"Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (Al-Kahfi: 110)

Tapi Allah menutup Al-Kahfi dengan satu ajakan mesra.
Untuk duduk dan bertemu Allah.
Untuk memandang wajah Rabb yang tak tergambar oleh mata mahupun fikiran.
Untuk merasakan nikmat syurga tanpa resah dan gelisah.
Tapi dengan syarat:
Buat amal soleh dan tak mensyirikkan Allah.
Dan dua benda ni dapat dirasai dan diterjemah dalam amal andai kata kita mengerti dan memaknai nikmat tarbiyah yang Allah kurniakan.

It's not going to be easy, but it's worth running now than crawling later on

Maka berlarilah dalam tarbiyahmu.
Kita tak punya masa lama untuk bermain-main.
Kita tak punya masa yang lama untuk berdolak dalih dengan jahiliyyah kita.
Kita tak punya masa lama untuk memberi excuse tanpa henti.
Kalau rasa kita punya nyawa sampai 1000 tahun lagi, maka silakan bermain. :p
Hakikatnya, nafas kita untuk saat seterusnya juga bukan milik kita,
apatah lagi umur kita yang berbaki ini.
Ayuh tinggalkan 'permainan' kita.

Kita punya quran utk dibaca dan difahami.
Kita punya sunnah itu diikuti.
Kita punya tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan.
Masihkan kita mahu bermain-main?

Selagi nyawa dikandung badan, selagi hari masih lagi cerah, selagi masih mengenal erti syahadah.
Ayuh berlari dalam tarbiyah.

Allah terlalu sayangkan kita.
Untuk mengenalkan kita akan jalan ini.
Cuba bayangkan kita tanpa tarbiyah.
Mungkin kita adalah ........(isi sendiri)

"Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan." (Al-Hujurat:7)

Salam Jumuah barakah. <3
Allahuma solli 'ala Muhammad.

Tuesday, October 21, 2014

Kita, Prasangka dan Mereka.

Yang dibutuhkan oleh seorang akh di jalan dakwah bukanlah pujian, kata kata agung yang manis di bibir yang sebenarnya memberanakkan dosa dan menggugurkan amal. Bukan itu, tetapi sentuhan yang menghidupkan, agar dia sedar, baiknya dia di mata manusia bkan bermakna baik di sisi tuhannya.
- Inspektor Sahab-

Kita, Prasangka dan Mereka.

Kita hidup, ditengah-tengah khalayak, yang selalu berbaik sangka..

Alangkah berbahayanya,
Terlalu percaya pada baik sangka mereka,
Membuat kita tak lagi jujur pada diri,
Atau menginsafi,
Bahawa kita tak seindah prasangka itu

Tapi, keinsafan membuat kadang terfikir,
Bersediakan mereka tetap menjadi saudara,
Saat tahu siapa kita sebenarnya

Kadang terasa, bersediakah dia tetap menjadi sahabat,
Saat tahu hati kita tidak tulus, penuh noda dan karat

Dan bersediakah dia, tetap mendampingi kita, dalam dekapan ukhwah,
Ketika tahu bahawa iman kita berlubang-lubang

Inilah bedanya kita dengan Sang Nabi,
Dia dipercaya, kerana dia dikenal,
Sebagai al-Amin, orang yang terpecaya,

Sementara kita dipercaya justeru kerana,
Mereka semua tidak mengenal kita..
Yang ada, hanya berbaik sangka..

Salim A.Fillah

Friday, October 10, 2014

JUNDI YANG MAJHUL

" Sesungguhnya mutiara termahal dimiliki oleh ikhwan ialah,

Jundi majhul itu ( tentera yang tidak dikenali),

yang berusaha sehabis kudratnya,

yang menginfakkan melebihi  dari apa yang ada di dalam poketnya,

yang berkorban dengan waktu paling berharga yang dimilikinya,

kehadirannya tidak diketahui, ketiadaanyya tidak disedari,

dia sengaja menjauhkan diri dari menjadi popular,

sedikit cakapnya, banyak amalnya,

dia beriman bahwa baginya ada tuhan yang akan mengingatinya,

bersama golongan yang lebih afdhal dari bumi dan segala isinya,

tuhan yang suka terhadap amalan selama mana ia dilakukan dengan keihklasan"

- AL BANNA-

JUNDI YANG MAJHUL.

Apa yang mereka kejar? Populariti di mata Allah.
Amal apa yang dipersembahkan? Amal yang penuh dengan keikhlasan.

Jundi yang tak pernah sekalipun terlintas untuk menjauhkan diri, merasa jauh, kecil hati dengan dakwah bilamana tiada yang memberi tumpuan terhadapnya aktivitas dakwahnya.

Kerana apa? Kerana jelas matlamatnya. Berbuat dakwah atas basirah, atas dasar cinta dan sayang.

Itulah mutiara termahal.

Biar amal menjadi manifestasi iman kita

Wednesday, October 8, 2014

Nahnu Du’aat Qobla Kulli Syai’in

Habuk. 
Dah berbulan blog ini terbiar. Sibuk ke semua penulis? ;p ( untuk makluman kami bukan terdiri dari seorang penulis sahaja :) )

Ok back to biznes.

Nahnu du'at qobla kulli syaii'in
Kita adalah duat sebelum setiap sesuatu. 

Entah tetibe terngiang lagu (?) ni. Dah cuba google tapi tak tau ape benda. Memory loss. Kalu sape2 tau boleh la pm saya.
Ok back to biznes again.

Kita adalah du'at sebelum seorang pelajar.
Kita adalah du'at sebelum seorang engineer.
Kita adalah du'at sebelum seorang isteri. 
And the list go on and on.

Well apparently, we are a du'at. All of us. No exception.
Yang bermaksud, segala tingkah laku kita, amal kita, perkataan kita, haruslah menggambarkan profession kita sebagai seorang du'at. Seolah olah ada signboard di muka kita yang tertulis du'at.

Sebagaimana y semua orang sedia maklum atau tak sedia maklum, hangatlah isu ISIS ni especially dekat oversea. Tetiba semua orang pkai kaler2, bunga2, ceriaa semuaa.* yang x sedia maklum bolehlah google*. Tapi ada antara kita yang terdetik, "give up lah mcm ni. Aku cuba nak jaga akhlak aku dengan non muslim, cuba nak senyum, tapi masih lagi dianggap pengganas. Sia sia blako. Susah lah nak buat program dah lepas ni. Nak bwak buku tarbiyah dalam train (dan2 time ni nak bwak buku tu, sblum ni tak prnah pon ;p), nak usrah kena sorok kasut. Dah la give up la nak sebarkan cinta Allah kat negara ni."
*ampunkan ayat2 poyo di situ. Tiada kaitan dengan hidup atau mati*

Hey you! Berakhlak baik kerana apa? Menyeru orang kerana apa? Untuk siapa?
Pernah ke Rasulullah rasa senang nak sebarkan Islam kat Taif? Even kat Mekah sendiri pon banyak tentangan, tu tempat asal sendiri tu. Bayangkan kat Taif tu macam mana. Andai Rasulullah give up time tu. Lu pikir la sendiri. 

Eleh baru skit kita diuji, mana tau mungkin dengan isu ini orang berlumba lumba untuk tau pasal islam. Ape benda la ISIS tu sampai semua non muslim paranoid. Tgok perempuan2 melayu kecik2 comey2 pakai tudung ni pon tanya bwak bom ke. Aiyaa. Namun, mungkin dengan izin Allah, dalam pencarian mereka mencari identiti ISIS ni, diorg jumpa kebenaran,  berbondong bondong orang yang masuk islam, tetapi ketika itu, kita sudah give up. Sengih macam kerang busuk jelah bila kita ditanya Allah tentang usaha kita.

Jadii untuk semua para du'at inside me and outside there, tunaikanlah shahadatul haq itu dengan penuh cinta, kesucian dan kasih sayang tanpa ulterior motive. * sape2 nak tau pasal shahadatul haq pon boleh pm saya*

Despite of segala tanggungjawab yang kita pegang di muka bumi ini, kita punya tanggungjawab yang lagi besar yang lebih dahulu kita pegang dan terima.

Kekadang kita tenggelam, kita alpa, kita goyah.

Disaat para du’ah yang lain berpuasa sunat, solat hajat, bertahajud mengharap
pertolonganNya datang menolong langkah da'wahnya, kita malahan makan sekenyang-kenyangnya, tidur sepenuh kelopak mata, dan tertawa sepenuh mulut.

Disaat barisan du’ah yang lainnya berikhtiar, berkorban apa saja yang dapat dikorbankan; harta, tenaga, waktu bahkan jiwa, berharap hidayahNya akan lewat melalui tangan-tangannya, kita malahan bersikap dan berkelakuan seakan-akan ingin menjauh dari hidayah Allah.

Bilamana amalan-amalan fardi tidak dijaga,
Bilamana jiwa tidak dibersihkan sentiasa dgn zikrullah,
Bilamana badan tidak dibangunkan sentiasa dgn qiamullail,
Bilamana tilawah tidak menjadi sebatian qalb,
Bilamana mathurat menjadi abaian,

Merosotlah komitmen seorang du'at pada dakwahnya,
Kuranglah mad'u yg terikat hatinya,

Jangan disebabkan kosongnya jiwa kita dengan zikrullah,
Menjadi fitnah pada agama,

Menjadi fitnah pada dakwah dan tarbiyah.
Menjadi karat hati. 

Yang mengaburkan pandangan hati kita. 
Yang mengubah haluan matlamat kita.
Yang menghilangkan rasa cinta pada Islam. 
Yang melupakan ghayah kita.

Isilah kembali jiwa yang kosong itu.

Semoga Allah menerima amal amal kita pada hari seluruh manusia mengharapkan rahmat dari Allah untuk menjejakkan kaki ke syurga-Nya.

- Yang menulis lagi kena bomb. Tapi sy bkan terrorist :) -