BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 14, 2014

Santapan Pagi

"....keseksaan yang mngatasi segala seksaan lain, satu panafian nikmat yang mengatasi segala penafian nikmat yang lain,...."

satu lepasan nikmat yang mengatasi lepasan nikmat yang lain
satu penderitaan yang melampaui penderitaan lain
satu kerugian yang jauh merugikan dari yang lain
satu kesakitan yang kemuncak dari kesakitan yang lain

Apabila ditanya sang manusia akan nilai nikmat yang paling besar dan berharga, pasti ramai yang tidak melontarkan jawapan yang satu ini. Paling tidak, aku tidak pernah telintas di kepala atau hati akan balasan jawapan yang sebegini. Lantaran saat dihambur dengan persoalan ini, hati ini lantas tersentak dari lamunan dan terjaga dari mimpi yang super panjang.

Maka niikmat apakah ini ?
Nikmat MELIHAT ALLAH.

Satu perasaan yang munkin tak dapat digambar melalui kata dan perbuatan. Perasaan yang tiada nilai bandingannya. Perasan kegembiraan yang kemuncak. Perasaan kepuasan yang hakiki.

Inilah yang patut dituju sang manusia yang berdosa ini.

Tapi......

Jalan menuju tujuan yang sebenar ini dengan tiba-tiba terkesima sangat mata berlari di atas bait kata-kata seseorang

"hati mereka yang dihijabkan oleh maksiat-maksiat dan dosa-dosa menyebablan mereka tidak mempunyai perasaan terhadap Allah. Akibat maksiat dan dosa ini hati mereka menjadi gelap dan buta di dalam hidup mereka, kerana itu kesudahan dan balasan yang setimpal di akhirat ialah merreka DIHARAMKAN DARI NIKMAT MEMANDANG WAJAH ALLAH YANG AGUNG!"

Lantas layakkah kita wahai para pendosa melihat Dia yang Agung.

Mari menggeledah hati yang satu ini..

Apakah sudah ditutupi dosa dan maksiat sehingga tiada ruang lagi
Apakah sudah berkarat kehitaman sehingga tiada lagi cahaya yang boleh menembus dan ditembusi
Apakah masih punya peluntur yang mampu mang'chlorox'kan hati ini

Agar ia tidak menjadi

di Hari Esok!

0 comments:

No comments: