BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 31, 2014

Hi, I am Mr. Futur. You are?

"Kaifa asbahta ya Hanzalah?"

"Apa khabar kamu pagi ni Hanzalah?" Soal Abu Bakar kepada sahabat yang dicintainya kerana Allah.

"Aku munafik!! Balas Hanzalah. Jelas. Tunduk kecewa.

"Ketika aku bersama Rasulullah, aku seolah nampak syurga dan neraka di hadapan mataku, tetapi apabila aku pulang bersama isteri dan anak-anakku, aku menjadi lain."

"Kalau begitu, aku juga munafik!"

Lalu rebahlah keduanya, tunduk menangis.

_______________________________________________

FUTUR.

Familiar bukan dengan perkataan ini?
Tiada siapa yang terlepas daripada dugaan ini, kerana iman itu hakikatnya naik dan turun. yazid wa yankus.
Andai kata ada yang tak pernah futur, silakan bagitahu siapa anda, anda lah idola saya sampai mati. *sarcasm*

"...tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia," (Al-Muntalaq.

Perkataan besar di situ menghiaskan.
Hias. Biasa kan dengan perkataan ini? Ala, macam hias rumah, hias bilik, hias dapur. Eh?

Tapi bicara di sini lebih besar. Lebih serius. Hias futur? Sedap tak?

"Hari ni takde kelas, nak tengok movie la. Takpe, tadi dah baca quran."

"Jom ikut pergi birthday party, takpe, kita duduk kita-kita je, tak campur laki perempuan."

"Saya tahu dengar lagu-lagu rock itu tak menambahkan iman, tapi sekali sekala apa salahnya?" 

T.T

Ada masanya kita menjustifykan setiap perbuatan kita. Seolah-olah apa yang kita buat Allah redha. Ooo. Bajet Allah redha. *Pengsan*

Saat dan ketika itulah syaitan datang mencucuk untuk kita menghiaskan futur. Bila kita lemah, bila kita lelah, bila kita rasa tak bersemangat, berjaga-jagalah. Kerana apabila si syaitan masuk, memujuk nafsu kita, kita rebah.

"tengok movie sekarang!!" Lalu kita tengok, dengan senang hatinya. Malah merasa puas dan bangga dengan kejayaan menghabiskan 3 episod korea dalam 1 hari. Ohoi.

Sabda Nabi:
"Orang yang cerdik adalah orang yang selalu menghitung dirinya.." (Hadith Riwayat Tarmizi)

Menghitung diri dalam erti kata amal. Analoginya mudah. Kalau belajar dapat markah rendah. Maka kita risau. Lalu kita akan check balik apa yang tak kena dengan belajar kita, mana salah kita. Tapi untuk exam akhirat, sangat kurang kita muhasabah. Seolah-olah persinggahan abadi kita dunia, bukan akhirat. Ironik.

Bila masa iman naik?

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (Al-Anfal: 2)

Bila masa iman turun?

Ia tak perlukan masa. Iman hanya boleh turun bila-bila masa. Kerana syaitan tak pernah lengah dalam melaksanakan janjinya kepada Tuhan. Syaitan tak pernah penat, tak pernah lelah  Yang lelah kita, iman kita, tujuan hidup kita. Yang lemah itu KITA.

Marilah kita kembali meng'refresh'kan tujuan hidup kita. Apakah bukti kekuasaan Allah di zaman sains dan teknologi masih tak cukup membuatkan kita yakin? Apakah kita mahu syurga itu diletakkan di depan mata atau api neraka itu disentuh ke kulit kita baru kita mahu mengaku syahadah yang sebenar-benarnya? Baru kita menyedari we are nothing but a slave!?

"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang yang berbuat baik." 
(Al-Ankabut:69)
Allah tidak pernah mensia-siakan mujahadah kita. Percayalah! Futur itu takkan mencari kita bila kita sibuk dgn urusan tauhid, bila kita sibuk mengenal deen ini, bila kita tahu urusan umat itu lebih parah dan banyak kerja kita kena buat.

Ayuh, mari kita menjaga kualiti amal. Kita mahu berjumpa insan-insan hebat di syurga. Kita mahu berjumpa berjabat salam dengan Rasulullah, dengan Abu Bakar yang sungguh osem itu, dengan Umar yg sungguh bergaya, apatah lagi dengan si macho Khalid bin Al Walid.

Futur akan datang dan pergi. Yang penting, kita harus cuba mengalahkannya, bergusti dengannya setiap kali ia mengetuk pintu hati kita. Sebagaimana kita benci kepada perangai2 jahiliyyah masyarakat sekarang, sebagaimana kita membenci 38 remaja merogol 2 wanita, marilah membenci dan melawan futur itu. Jangan sampai kita tak merasa apa-apa.

Teruskan mujahadah, walau pahit, walau sakit, lawanlah dan rebahlah di pintu syurga, bukankah itu janji yang pasti?

Jadi,

"Kaifa asbahta ya ukhti, ya akhi?"

-Pelari Syurga-
31052014

0 comments:

No comments: